Sunday, May 24, 2015

Berfikir Kritis

   Pemikiran kritis adalah merupakan gabungan atau hubungan antara dua perkataan iaitu ‘pemikiran’ dan juga ‘kritis’. Mudah untuk mentafsirkan maksud ‘pemikiran’ yaitu merujuk kepada kebolehan manusia untuk mencipta gagasan-gagasan dan pengertian-pengertian, berhujah, menilai, serta membuat keputusan.  Dari sudut bahasa perkataan kritis berasal daripada perkataan Inggeris ‘ Critic’. Namun begitu kata dasar ‘kritis’ merupakan perkataan Greek ‘Kriths’ ( kritikos) yang bermaksud menimbang (judge). Menimbang pula membawa maksud menilai (evaluates), membezakan (distinguishes), memutuskan (decide) dan menyoal (question) sama ada sesuatu itu benar atau salah. Dalam Kamus Dewan (1984) pula, perkataan ‘kritis’ ditakrifkan sebagai “tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu malahan menimbangkan buruk dan baiknya terlebih dahulu”.

Tujuan  Pemikiran Kritis

    Bidang pemikiran kritis bertujuan mengajarkan kaedah-kaedah pemikiran yang digunakan untuk berhujah secara lebih berkesan. Hal ini bermaksud bahawa yang penting bukan pada aspek psikologi pemikiran. Psikologi mengkaji cara pemikiran yang sebetulnya digunakan oleh manusia. Pemikiran kritis menumpukan perhatian kepada kaedah-kaedah yang seharusnya digunakan oleh manusia untuk berfikir secara berkesan. Aspek yang diutamakan dalam bidang pemikiran kritis ialah penghujahan, iaitu cara memberi alasan untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat.

    Pemikiran kritis adalah amat penting dalam kehidupan seharian baik kepada petani, penjaja, guru, jurutera, pensyarah, ahli korporat mahupun sebagai seorang pelajar. Budaya berfikir secara kritis perlu dititikberatkan dalam konteks kehidupan seharian dalam segala situasi dan keadaan sekalipun yang dihadapi sepanjang perjalanan hidup.  Bukan semua perkara yang dinyatakan adalah benar dan adil. Adakalanya perkara yang dinyatakan adalah tidak benar, dipalsukan dan diselewengkan. Oleh itu, tidak boleh menerima sesuatu perkara itu secara keseluruhan malahan perlu kepada penilaian secara kritis. Daya pemikiran memerlukan ketajaman dan kepersisan berfikir. Segala pengaruh negatif dapat melumpuhkan pemikiran individu. Oleh yang demikian, pemikiran kritis amat penting sama ada dalam hal yang kecil mahupun besar. Hal ini kerana berkemungkinan hal yang kecil itu memberi kesannya sangat besar kepada masa depan dalam kehidupan individu. Oleh itu, pemikiran kritis perlu dalam kehidupan seharian.

  Jadi, Penulisan Artikel Sejarah ini, di maksudkan untuk melakukan pengkajian komperhensip-diskursus untuk membuka kembali wacana-wacana kesejarahan yang mungkin selama ini hanya sekedar kulitnya saja ataupun beberapa tema kajian yang belum diungkap akan mampu dikuak sub topik ini.
Sumber :

diadabtasi dari
Mohd Azhar Ab. Hamid (2001), Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif. Skudai. Penerbit UTM